MERSING : Kehangatan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor bagi DUN Endau kali ini bertambah ‘panas’ apabila dikejutkan pula dengan keputusan Ketua Bahagian Bersatu Mersing, Laili Yusof yang mengisytiharkan untuk meninggalkan parti itu berkuat kuasa serta-merta.
Keputusan itu juga diumumkan di hadapan Pengerusi Lembaga Penasihat Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Najib Razak; Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi serta beberapa lagi pucuk pimpinan parti.
Dalam kesibukan jentera Perikatan Nasional (PN) membuat persiapan untuk berentap merebut kerusi tersebut, Laili tampil dengan tindakan memeranjatkan meninggalkan parti.
Ujarnya, langkah itu dibuat selepas mendapati terlalu banyak konflik dalaman yang berlaku selain melihat Bersatu telah lari daripada prinsip asal mereka.
“Walaupun keputusan nampak terburu-buru ketika PRN berlangsung, tetapi ia terpaksa diambil kira kerana saya telah hilang kepercayaan terhadap pimpinan parti.
“Pelbagai permainan dalaman yang berlaku menyebabkan Bersatu dan kami merasakan Bersatu telah hilang hala tuju yang jujur dan perjuangan untuk bela nasib rakyat sebelum ini hanya sia-sia.
“Kenyataan ini juga untuk sampaikan hasrat untuk kembali ke landasan asal (BN) sekali gus mengumumkan sokongan terhadap calon-calon BN di Mersing,” katanya ketika sidang media di sebuah restoran di Endau pada Jumaat.
Sebelum ini, kemelut dalaman Bersatu Mersing dikatakan berada di dalam dilema pergolakan apabila Laili sendiri dikatakan mewujudkan kem yang berasingan di dalam parti tersebut.
Ini selepas tindakan beliau yang menubuhkan biro wanita sebagai sayap kiri parti yang seakan-akan menafikan kewujudan Srikandi Bersatu.
Turut hadir pada majlis tersebut, Bekas Pengerusi Bersatu Johor, Datuk Mazlan Bujang yang menyampaikan hasrat sama.
DUN Endau sebelum ini juga berdepan kontroversi sama apabila penyandang sebelum ini, Alwiyah Talib membuat keputusan untuk menyertai Bersatu selepas memenangi kerusi itu atas tiket BN.
Alwiyah bakal menerima tentangan daripada calon BN Mohd Youzaimi Md Yusof, Mohamad Fakrulradzi Mahmud (PH), Noorhisyam Ibrahim (Pejuang) dan calon Bebas, Ismail Don.
Dalam masa sama, BN turut mempunyai misi bagi merampas semula kerusi tersebut yang disifatkan sebagai bukan milik Bersatu.
Hilmi Malik
Fri Mar 04 2022
Laili Yusof berkata, langkah itu dibuat selepas mendapati terlalu banyak konflik dalaman yang berlaku selain melihat Bersatu telah lari daripada prinsip asal mereka. - Foto Astro AWANI
PM Anwar seru tingkatkan empati dan dialog terbuka
Perdana menteri berkata ditambah dengan faktor lain, kekurangan empati sebagai contohnya, menyebabkan lahirnya Islamofobia.
Premis pelancongan berhampiran zon batu kapur perlu tingkat keselamatan
Syor itu perlu diikuti oleh operator pusat pelancongan bagi memastikan perniagaan mendapat kelulusan untuk kembali beroperasi.
Demam Formula 1 landa Monaco hujung minggu ini
Selepas sesi kelayakan pada Sabtu, pusingan kelapan di Monaco akan bermula pada 1300 GMT pada Ahad.
PM bidas kenyataan Hamzah mengenai penyasaran subsidi
Anwar menekankan, penyasaran dibuat bagi menarik subsidi dari golongan kaya dan warga asing kerana diesel tidak digunakan majoriti rakyat.
Sarawak akan terokai potensi luar biasa teknologi AI - Abang Johari
Kerajaan negeri akan meneruskan usaha mereka dalam melaksanakan strategi dan penyelesaian digital.
Indonesia batal permit penyedia ISP yang tidak bekerjasama memerangi judi dalam talian
Budi menggesa ISP untuk menyegerakan secara automatik kemas kini senarai kandungan negatif dalam sistem nama domain Trust Positive Kominfo.
Dua lelaki didakwa mengintip untuk Hong Kong tiba di mahkamah London
Kedua-dua lelaki tersebut sebelum ini didakwa bersetuju dalam pengumpulan maklumat, pengawasan dan tindakan penipuan yang berkemungkinan besar membantu perkhidmatan risikan Hong Kong dari akhir 2023 hingga 2 Mei.
Tiada tembakan peluru dikesan pada helikopter Raisi
Angkatan Tentera Iran pada Khamis mengeluarkan laporan pertama mengenai punca nahas helikopter yang mengorbankan Presiden Iran Ebrahim Raisi dan rombongannya.
Ribuan rakyat Iran turun ke jalan, ratapi pemergian Raisi
Ribuan rakyat Iran turun ke jalan di Mashhad, pada Khamis bagi memberi penghormatan terakhir kepada Presiden Ebrahim Raisi yang meninggal dunia dalam nahas helikopter baru-baru ini.
Gelombang haba ragut 9 nyawa di India
Sekurang-kurangnya sembilan maut dipercayai akibat strok haba di negeri barat Rajasthan di India, kata media, pada Jumaat.
PRN Johor: Ketua Bahagian Bersatu Mersing isytihar keluar parti, kembali ke pangkuan BN
Laili Yusof berkata, langkah itu dibuat selepas mendapati terlalu banyak konflik dalaman yang berlaku selain melihat Bersatu telah lari daripada prinsip asal mereka.Laili Yusof berkata, langkah itu di